Welcome To My Blog... I Very like My Blog...

Thursday, 17 September 2015

>Kebaikan makan-makanan Berkahsiat<











    kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan:-
  • Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

    1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

    Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

    2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

    Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

    3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

    Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.


>Keburukan Makan-makanan yang berlemak<


                                   Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa
Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segerabanyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.
Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan.
Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.
Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

  • Buatlah pilahan makanan yang berkahsiat sepanjang Hidupmu.












  • Hidup anda sihat, Keluarga anda juga sihat.sayangilah diri anda dan keluarga anda sekali. sebelum Terlambat. . selamat mecoba,mengambil makanan yang sihat dalam kehidupan seharian..


>Kebaikan minum-minuman berjus<



✪ Carrot + Ginger + Apple ➟ Tingkatkan dan membersihkan sistem kita.
✪ Apple + Timun + saderi ➟ Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
✪ Tomato + + Carrot Apple ➟ Meningkatkan komplikasi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
✪ peria + Apple + Milk ➟ Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
✪ Orange + Halia + Timun ➟ Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.
✪ Nanas + Apple + Tembikai ➟ Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.
✪ Apple + Timun + Kiwi ➟ Untuk meningkatkan warna kulit.
✪ Pear & Banana ➟ mengawal kandungan gula.
✪ Carrot + Apple + Pear + Mangga ➟ menurunkan suhu badan, melawan keracunan, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.
✪ Honeydew + Anggur + Tembikai + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan kekuatan imuniti badan.
✪ Betik + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.
✪ Pisang + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit.

  • minuman ini mempunyai kebaikan, kerana ia dapat mengawal semua pemprosesan di dalam badan kita. saya juga ada mencuba beberapa jus .ia benar-benar memberi kesam kepada saya, cth: saya tidak lagi suka minum-minuman yang bergas.dan jarang sakit.. jus ini juga rendah gula dan mempunyai banyak vitamin dalam buah yang dijadikan sebagai jus. .kita juga boleh membuat jus tersendiri.ia juga memberi kesan kepada kulit muka kita. kerana jus tomato adalah untuk memberi kulit kita untuk lebih halus.. .saya ingin memberi satu cerita kisah benar. semasa saya kecil saya suka makan buah Tomato mentah2x. .saya pun tak tau kenapa saya minat untuk makan dia.sehingga sekarang muka saya bersih saja.tidak ada sebarang yang tumbuh..bukan saya ingin meninggikan diri,saya hanya memberi beberapa tips untuk mengekalkan kulit kita supaya sentiasa bersih dan sihat.. .Selamat mencuba yah!!. .minum jus juga untuk mengekalkan kesihatan di dalam badan kita.. .supa pengaliran darah mengalir dengan baik. .semua organ2x kita dalam keadaan yang sihat @ baik. .tidak juga dijangkiti kuman2x.. .kerana dalam badan kita penuh dengan Vitamin yang sihat. .cobalah jangan terlalu banyak  minum-minuman yang bergas, kerana ia terlalu tinggi kolestrol  dan tidak mempunyai Vitamin.. .minumlah air yang berkahsiat, supaya badan kita juga sentiasa sihat..Selamat mencoba. .Lain kali lagi saya berkongsi yang lebih penting.. .

  • Sayangilah Hati anda. .

Thursday, 10 September 2015


kelebihan Windows 10

 1. Teknologi Pertinjauan Pada Star MenuJika di Windows 8 tidak memiliki start menu maka          pada Windows 10 Technical Preview sudah terdapat start menu sehingga lebih mempermudah pengguna windows 10 untuk mengoperasikannya, selain itu star menunya juga disesuaikan dengan tampilan windows 10 yang cukup menarik.                                                                           

2. Aplikasi Command (Perintah)Aplikasi ini akan di tampilkan sama dengan aplikasi umumnya yang terdapat pada dekstop, selain itu tamplan dari aplikasi ini cukup dinamis dan juga dapat diperkecil serta berpindah-pindah.                                                                                                       

3. Dapat Melihat Beberapa Aplikasi dalam Satu Layar (Snap Enchancement)Kelebihan yang terdapat pada windows 10 selanjutnya yaitu anda bisa melihat aplikasi yang dijalankan secara bersamaan dalam satu layar secara ringkas sehingga mempermudah                                                  

 4.Panambahan Teknologo Virtual Dekstop Ini merupakan fitur yang baru dan paling baik yang telah di buat Microsoft. Kemampuan membuat beberapa dekstop yang memiliki tujuan dan tema yang berbeda serta mempermudah dan mempercepat perpindahan dekstop bagi pengguna windows 10 selain itu proses pencarian data pun juga lebih cepat.

Kekurangan Windows 10

1. Lebih ditunjukan untuk Pc Expert dan Enthusiast.

Nampaknya window 10 ini lebih di tunjukan untuk pengguna Expert dan Enthusiast yang lebih mengetahui permasalahan windows karena Windows 10 Technical Preview ini buka software pinal yang siap untuk dipakai karena masih banyak terdapa bug.

2. Tidak untuk Keperluan Sehari-Hari
Window 10 ini masih Technical Preview jadi tidak cocok untuk digunakan dalam keperluan sehari hari karena windows 10 ini lebih cocok untuk testing dan feedback.
3. Belum Final Secara Desain, Fitur dan Perfoma
Window 10 Technical Preview ini masih dalam proses perbaikan dan pengerjaan, Jadi, masih dalam tahap perencanaan untuk ketahap windows 10 final. Jadi anda jangan heran jika pada windows 10 ini masih mirip dengan windows 8 dan fitur barunya tidak terlalu banyak serta  performanya belum optimal.
4. Masih Banyak Terdapat Perubahan 
Tampilan dan fitur pada Window 10 Technical Preview bisa jadi tidak akan sama dengan tampilan windows 10 final.

Ini saja yang dapat saya bagikan mengenai Kelebihan dan Kekurangan Windows 10, Dengan membaca postingan kali ini semoga dapat memberikan pertimbangan untuk anda yang ingin mencoba menginstal Wndows 10 Technical Preview ini.






                                                                           

Rindu nak makan Sushi



     saya lapar Rindu mau makan benda nie.. .bilalah lagi aku boleh makan makanan nie..uhuhuuu~~... saya harap saya boleh pi tempat nie lagi kant2x.. .cikgu pun mau join nie.. .kita tunggulah saja, tunggu kalau aku dah ada kerja.. .baru senang mau belanja2x, ngan fren2x yang lain.. .mesti korang pun mau makan makanan nie kant.. .heheee.... saya laparlah... .sushi,sushi,sushi.. ....cobalah kita dapat cari makanan nie sini Lawas @ sipitang.. . tentu kedai tu laku &untung yang masuk... saya mau makan Sushi lar... memem......memem.... 

Lagu Untuk "SAHABAT"







Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…






Wednesday, 9 September 2015

Penerangan Mengenai "CINTA"



Apa itu CINTA?. Mengapa perlu CINTA?. Mengapa harus BERCINTA?. Kalau tak ada CINTA tak boleh ke?. Apa ada pada CINTA?. Mana datangnya perkataan CINTA?. Apa rasa yang boleh dikatakan ianya adalah CINTA?. Macam mana rasa bila DICINTA?. Macam mana pula rasa bila tidak DICINTA?. CINTA...CINTA....CINTA... Tak habis-habis dengan CINTA. Sana BERCINTA, sini BERCINTA. Tapi tahukah apa itu CINTA??.... Apa pun tak tahu, bila ditanya kenapa BERCINTA, jawapannya mudah saja... Tengok orang lain BERCINTA, macam best je.. Tapi tahukan apa itu erti CINTA?..

Akhirnya blog .blogspot.com telah pun ada info baru setelah sekian lama menyepi.. harap anda semua sihat di sana, sentiasa tenang dan ceria selalu disamping keluarga yang tersayang mahupun berseorangan diri.. hehe Yang penting hidup ni mesti diteruskan jua..

Eh.. Apasal dekat atas tu ada banyak sangat perkataan CINTA??.. Korang tahu ke kenapa? pun tak tahu kenapa, mana datang plak perkataan CINTA banyak-banyak tu?? Tetiba je ada.. Ish.. Ish.. hehe bukan apa, cuma ingin bertukar pendapat dengan anda yang diluar sana mengenai apa itu CINTA. Setiap orang dia ada pandangan dan pemikirannya sendiri. Perkataan CINTA ini bukan asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Dari darjah satu lagi kita dah tahu apa itu CINTA. Cuma mungkin masa tu kita masih belum tahu apa itu yang dikatakan CINTA. Ye, CINTA itu adalah perasaan tapi perasaan macam mana? Mungkin ada yang akan menjawab, perasaan macam mana lagi kalau bukan perasaan CINTA lerr.. Ye, itu memang jawapannya tapi tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk melihat sejauh mana orang tahu tentang apa yang dikatakan CINTA.

Menurut sudut fikiran, CINTA ini ada banyak jenis. Diantara-diantaranya adalah :-

    Cinta pada duit - Dia bercinta dengan seseorang itu sebab dia tahu pasangan dia tu berharta dan berduit. Di mulut ungkap cinta tapi tangan hulur ambil duit. Setiap kali keluar makan mesti nak makan dekat tempat mahal-mahal. Setiap kali shopping mesti nak beli barang-barang yang mahal. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
    Cinta pada nafsu - Dia bercinta dengan pasangan dia tu sebab nak ambil kesempatan ke atas pasangan dia tu. Mulut mengukir cinta macam pijak semut pun tak mati tapi tangan terus meraba-meraba tempat yang boleh diraba..hehe Lepas tu tunggu apa lagi, mustahil berhenti di situ saja.. hehe Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
    Cinta terpaksa - Dia bersama dengan pasangannya itu konon-konon atas dasar cinta. Padahal nak jaga hati mak bapak. Depan mak dengan ayah bukan main sayang-menyayang, bermanja-manja konon-konon nak tunjuk kata bahagialah hidup mereka tapi belakang mak dengan ayah, hang buat keje hang, aku buat keje aku. Hang keluar dengan jantan lain, aku pun nak keluar dengan betina lain.. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
    Cinta sejati - ...........????????????


Cinta sejati, pada pandangan cinta sejati adalah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi cinta sejati adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Tidak mengharap pasangannya yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama dengan pasangannya. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras tapi cinta sejati lahir kerana kerana keikhlasan hati. Cinta sejati tidak memandang pada harta kerana harta tidak selamanya kan kekal. Cinta sejati juga tidak memandang pada rupa paras kerana rupa paras mampu berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesucian, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari DIA cinta kita yang abadi..

...Penerangan tentang GST...









GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.


   

gurindam mutiara hidup

perihal sahabat


Barangsiapa salah pilih sahabat
kelak ia menyesal di akhirat

jikalau hendak memilih sahabat 
ianya tidak mendatangkan mudarat

carilah kamu seorang sahabat
ianya tidak mendatangkan laknat

carilah kamu seorang sahabat
ianya penolong dihari kiamat

tanda persahabatan penuh berkah
ianya bertemu karena Allah

tanda persahabatan penuh berkah
ianya berpisah karena Allah

carilah kamu sahabat dekat
ia mempunyai akal yang sehat

carilah kamu sahabat taqwa
biar kamu jadi mulia

carilah kamu sahabat mulia
yang akhlaknya tiada cela

carilah kamu seorang sahabat
yang bukan ahli maksiat

carilah kamu seorang sahabat
ianya selalu membawa taubat

tanda sahabat elok bertutur
ianya berkata selalu jujur

tanda sahabat pandai berfikir
didalam hati selalu berdzikir

tahukahh kamu sahabat mulia
dengan amanah selalu dijaga

tahukah kamu sahabat setia
selalu menjaga aib saudara

tanda sahabat itu berimahn
cinta saudara disamaratakan

cari sahabat jangan menyalah
yang dirinya selalu serakah

jikalau bertemu sahabat pembohong
ikatan sahabat jangan disambung

carilah sahabat orang berguna
yang bisa mengajak ke surga

Tuesday, 8 September 2015


Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Chorus
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada

Sedangkan kau bersahaja

Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Ulang Chorus
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis

Sunday, 6 September 2015


Image result for gambar persahabatan





Persahabatan itu seperti tangan dengan Mata. Saat tangan terluka, Mata menangis. Saat Mata menangis, tangan menghapusnya.. Sebuah persahabatan tak dapat diperjual? harganya hanya boleh didapati dengan kesetiaan. Sahabat Paling Baik Dari Kebenaran Adalah Waktu, Musuhnya Yang Paling Besar Adalah Prasangka, Dan Pengiringnya Paling Setia Adalah Kerendahan Hati”. “Manusia Yang Paling Lemah Ialah Orang Yang Tidak Mampu Mencari Teman. Namun Yang Lebih Lemah Dari Itu Ialah Orang Yang Mendapatkan Banyak Teman Tetapi Menyia-Nyiakannya”